%d

Hari

%h

Jam

%m

Minit

%s

Saat

PENGENALAN

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Tarikh itu dipilih bersempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

HAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Nasional'. Seramai 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air berhimpun pada sambutan yang julung kali berkenaan.

Bagaimanapun, HAWANA tidak dapat diadakan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.

HAWANA 2022 - IMBAS KEMBALI

Tema HAWANA 2022 ialah 'Suara Jelata, Aspirasi Negara'. Ia diterajui oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KOMM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan BERNAMA selaku penganjur.

HAWANA 2022 turut dijayakan oleh Malaysian Press Institute bagi program forum yang diadakan pada pagi 29 Mei 2022.

Seramai 20 orang delegasi dari Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia, turut hadir memeriahkan HAWANA 2022.

Pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia, bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan dalam negara.

Kemuncak HAWANA 2022 ialah Deklarasi Melaka 2022 yang berisikan 5 pernyataan sikap.

  • 1. Kewartawanan dipelihara dan diiktiraf sebagai institusi negara
  • 2. Menghormati hak wartawan menjalankan tugas
  • 3. Menjunjung perlembagaan dan prinsip Rukun Negara
  • 4. Kewartawanan memartabat integriti
  • 5. Memerangi berita palsu.

Penerima Anugerah HAWANA 2022 ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

LOGO HAWANA 2022

TUJUAN

HAWANA diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pengamal media di Malaysia.

Media merupakan perantara yang amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat. Ia berperanan merangkumi segala bidang yang melibatkan masyarakat termasuk ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, agama, sains, teknologi, kebajikan dan kesejahteraan manusia, persekitaran dan ekologi.

Sambutan HAWANA antara lain boleh:

  • Mendedahkan profesion pengamal media kepada umum.
  • Menjadi platform pengamal media untuk berkongsi pendapat.
  • Dijadikan acara tahunan / kalendar utama di Malaysia.
  • Mempromosi serta memperkenalkan bandar-bandar utama Malaysia yang dipilih menjadi lokasi penganjuran HAWANA.
  • Meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media Malaysia.
  • Mempromosikan warisan, budaya dan keunikan negara.
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan kerajaan.

Kerajaan dan rakyat memerlukan maklumat dan sumber yang disalurkan media mengenai segala perkara yang berlaku di dalam dan luar negara.

Berita

Kebajikan pengamal media di Bernama dititikberatkan - KKD

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Pelbagai aspek dititikberatkan berhubung hal ehwal kebajikan pengamal media di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) termasuk kebajikan atau faedah yang diterima oleh pekerja bertaraf kontrak.

 berita selanjutnya 

HAWANA 2023 diharap dapat libat media dari ASEAN - Fahmi

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, yang dijadualkan pada 27 hingga 29 Mei ini di Ipoh, Perak diharap dapat melibatkan penyertaan daripada agensi serta pengamal media dari rantau ASEAN.

 berita selanjutnya 

Hawana 2023 sasar kehadiran lebih 1,000 pengamal media

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei ini menyasarkan kehadiran lebih 1,000 pengamal media dari seluruh negara.

 berita selanjutnya 

Media berperanan semak dan imbang tadbir urus - Fahmi

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Pihak media perlu diberi ruang untuk memainkan peranan sebagai pihak yang membantu ‘semak dan imbang’ serta mengetengahkan isu berkaitan kelemahan tadbir urus,” kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

 berita selanjutnya 

RASIONAL LOGO HAWANA 2023

Labu Sayong digunakan sebagai elemen utama bagi menggambarkan identiti perusahaan dari Perak.

4 warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia.

3 kelopak yang menggunakan warna merah, biru dan kuning pula melambangkan pluraliti budaya dan bangsa serta menggambarkan 3 wilayah, Semenanjung, Sabah & Sarawak yang membentuk Malaysia.

3 kelopak juga simbolik kepada daun bunga kertas yang sinonim dengan Ipoh, yang terkenal sebagai Bandar Bunga Kertas (Bougainvillea).

Infografik

Lokasi

Lokasi:

Hotel Casuarina@Meru Ipoh, Perak